awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diaspora Malaysia gembira dengan pelaksanan koridor perjalanan dengan Indonesia

Bernama
Bernama
10/11/2021
22:25 MYT
Diaspora Malaysia gembira dengan pelaksanan koridor perjalanan dengan Indonesia
Ismail Sabri pada Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia sempena lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia di Jakarta, 11 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
JAKARTA: Diaspora Malaysia di Indonesia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka pintu sempadan negara bagi pelaksanaan koridor perjalanan antara kedua-dua negara.
"Salah satu perkara yang akan saya umumkan ini dan juga akan menggembirakan semua iaitu, kita akan membuka sempadan Malaysia-Indonesia," kata perdana menteri semasa berucap di majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih 150 warga Malaysia yang hadir.
Rata-rata warga Malaysia yang ditemui Bernama selepas itu tersenyum dan meluahkan rasa syukur kerana telah lama tidak pulang ke tanah air.
Perdana menteri berkata selain koridor perjalanan banyak perkara telah dibincangkan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa pertemuan lebih sejam di Istana Bogor tengah hari semalam.
Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan presiden yang juga dikenali dengan panggilan Jokowi itu sebagai sangat mesra.
Dalam sidang media bersama Jokowi di Istana Bogor tengah hari semalam, Ismail Sabri mengumumkan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk laksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.
Perancangan di peringkat awal akan membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali.
Sementara itu, Malaysia dan Indonesia akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.
"Saya percaya, melalui hubungan yang matang ini, Malaysia dan Indonesia akan mampu untuk mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama yang sedia ada," kata Ismail Sabri.
Pertemuan dengan warga Malaysia merupakan aturcara terakhir hari kedua lawatan rasmi tiga hari perdana menteri ke Indonesia. Ia merupakan lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak dilantik ke jawatan perdana menteri pada Ogos lepas.
Esok, beliau dijadualkan melawat fasiliti industri pertahanan di wilayah Bandung, sekitar 150 kilometer dari sini sebelum berangkat pulang.
Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buka sempadan Malaysia-Indonesia
#ismail sabri yaakob
#koridor perjalanan
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan