awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netflix, Sony Pictures meterai perjanjian penstriman global eksklusif
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
AFCON: Nigeria raih tempat ketiga, Salah kempunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa ada hubungan sulit, buruh binaan tumbuk adik angkat isteri

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
24/06/2021
09:55 MYT
Didakwa ada hubungan sulit, buruh binaan tumbuk adik angkat isteri
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun dua rakannya masing-masing pernah ditahan atas beberapa kesalahan termasuk kes dadah. FOTO: BERNAMA
KUCHING: Seorang buruh binaan ditahan bersama dua rakannya selepas menumbuk seorang lelaki yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7 pagi pada 22 Jun lalu di depan rumah mereka di Jalan Matang, Kuching.
Menurut Aidil, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan turut memukul isterinya menggunakan telefon bimbit ketika cuba menghalang mangsa daripada dibelasah.
"Bagaimanapun siasatan awal suspek tidak mengaku memukul isterinya tetapi mengaku ada menumbuk dan menendang lelaki itu tanpa menggunakan senjata,’’ katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Difahamkan mangsa merupakan adik angkat kepada isterinya.
Menurutnya kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan.
Polis turut merampas satu unit telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi dua rakannya masing-masing pernah ditahan atas beberapa kesalahan termasuk kes dadah," katanya.
Topic Berkaitan
#Pukul adik angkat
#hubungan sulit
#Aidil Bolhassan
#jalan matang
#Kuching
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan