IPOH : Dua rakan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang lari dari pengawasan polis bulan lalu.
M Shart Yanantham Naidu, 28, dan G Kesevaraj, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Jessica Daimis.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh T Murthi, 37, di sebuah rumah di Jalan Putra 8C Taman Klebang Putra, Chemor dalam daerah Kinta antara jam 10.40 malam hingga 11.28 malam pada 30 Disember lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azhar manakala kedua-dua mereka yang bekerja sendiri diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang penganggur warga tempatan yang lari daripada pengawasan polis di Parit Buntar ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor.
Hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa mendapati, punca kematian adalah kecederaan disebabkan objek tumpul.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023
M Shart Yanantham Naidu, 28, dan G Kesevaraj, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Jessica Daimis.- Gambar Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.