awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2022
22:15 MYT
Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu
To Mei Ting (kanan) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis kerana menggunakan ungkapan halal tidak sah pada buku menu. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Pemilik kedai makan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, selepas mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada buku menu.
Tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemilik tunggal sebuah kafe memperakui bahawa makanan di kedai itu adalah halal dengan ungkapan halal pada lapan buku menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis perniagaan di Kampung Pantai di sini, pada 6.30 petang, 5 Mac tahun lalu, mengikut perintah 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Syazwani Zawawi mencadangkan denda tinggi diberikan kepada tertuduh kerana halal adalah isu sensitif selain mengambil kira lokasi kedai makan itu di kawasan pelancongan.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan perlu menyara anak dan ibu yang sakit.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan tertuduh didapati membayar jumlah denda tersebut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Joanne To Mei Ting
#perkataan halal tanpa perakuan
#Jabatan Agama Islam Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan