awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didenda RM10,000 siar berita palsu Tun M keluar kata kurang sopan terhadap TMJ

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/02/2022
09:20 MYT
Didenda RM10,000 siar berita palsu Tun M keluar kata kurang sopan terhadap TMJ
Abdul Rahman Abdollah mengaku bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin. - Gambar/ Astro AWANI
TELUK INTAN: Seorang pemandu e-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik kandungan palsu di Facebook dan blognya, pada 2019.
Abdul Rahman Abdollah, 41, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah, menukar pengakuan apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan sekali lagi di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman blog “Abu Leman”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 30 April 2019.
Dia turut didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui akaun Facebook “Abu Leman”, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 10.57 malam, tarikh sama.
Kedua-dua pautan kemudiannya dibaca di Taman Pelangi, Langkap pada 12.30 tengah malam, 2 Mei 2019.
Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadapnya atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda bagi kedua-dua pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala Abdul Rahman diwakili peguam, Aiman Abdul Rahman.
Pada Disember 2019, Abdul Rahman yang berasal dan menetap di Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan dan dibicarakan bermula 9 Januari 2020.
Berdasarkan gambar tangkap layar yang menjadi dokumen lampiran ketika pertuduhan dibacakan, dia didakwa menghantar berita palsu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad, mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris, tiga tahun lalu.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Tun M
#TMJ
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan