KUALA LUMPUR: Filem animasi Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan 23 Februari ini, bukan sahaja bakal menjadi naskah buat seisi keluarga tetapi juga membawa hiburan berkualiti setanding filem animasi lain.
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik, selain penambahan beberapa watak yang pastinya akan memikat hati penonton.
"Filem ini berbeza daripada siri televisyen dari segi tekstur, rigging, pemodelan, animasi, warna tema, dan aspek teknikal yang lain.
"Di samping itu, Didi & Friends The Movie menyertakan lagu-lagu baharu yang ditulis oleh pengarah muzik terkenal, dengan iringan pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), menjadikannya segar untuk penonton," kata Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.
Menariknya, semua watak baharu yang diperkenalkan mewakili pelbagai spesies haiwan terancam, termasuk harimau Malaya, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Antara watak baharu termasuklah Torra, Nek Kura, Kapten Zee dan Tok Chip, dengan pembabitan bintang ternama seperti Datuk Awie, Amelia Henderson, Ruminah Sidek dan Waris sebagai artis suara.
Turut membuat penampilan ialah penyanyi Hael Husaini sebagai Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema berjudul Luar Biasa.
"Didi & Friends The Movie membuktikan industri animasi tempatan mampu bersaing di peringkat global. Ia juga bukanlah sebuah filem yang ditujukan untuk kumpulan umur tertentu tetapi boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
"Kami yakin penonton dewasa akan memasukkan Didi & Friends The Movie sebagai salah satu filem animasi kegemaran mereka," kata Naib Presiden, Ketua Perniagaan Astro Shaw dan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Jualan tiket Didi & Friends The Movie telah bermula pada 15 Februari di 155 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.
Selain itu, peminat juga boleh bertemu maskot Didi & Friends dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik semasa jelajah jalan Didi & Friends The Movie pada 24, 25, dan 26 Februari di pawagam terpilih di Utara dan Selatan; 3, 4 dan 5 Mac di pawagam di Pantai Timur dan di Lembah Klang pada 10,11 dan 12 Mac.
Astro Awani
Thu Feb 16 2023
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
90% bekas banduan dapat pekerjaan di Terengganu
Sejak program Pelepasan Bantuan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) diperkenalkan, seramai 1,500 banduan telah dibebaskan di Terengganu dengan 90 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan.
Pesawat 'lesap' di dasar tasik lebih 50 tahun ditemui
Bangkai dan serpihan pesawat kecil yang terhempas pada 1971 ditemui di dasar tasik Champlain, Vermont, Amerika Syarikat. Ini sekali gus menjawab misteri kehilangannya lebih 5 dekad lalu, lantas menamatkan misi pencarian di tasik berkenaan.
Tidak timbul istilah lindungi penjenayah - PM
Anwar menegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Polis selamatkan remaja OKU mangsa eksploitasi buruh paksa
Polis menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah rumah di Kuala Pilah pada Rabu.
Kerajaan terbuka bangunkan sukan kegemaran anak muda - PM
Anwar berkata, pertimbangan sewajarnya tetap akan diberi bagi membantu melonjakkan prestasi sukan tempatan.
Lima masih dirawat di hospital, satu disahkan positif
Empat pelajar dan seorang penjaga masih dirawat di Hospital Melaka kerana disyaki dijangkiti kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin, minggu lalu.
Thailand jangka mulakan pembinaan jambatan kembar April 2025
Thailand dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua, yang dikenali sebagai Jambatan Kembar, di Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025.
Syarul Azman, Natasya terpilih Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
: Jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan atlet tenpin boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan masing-masing dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kebangsaan 2023.
[TERKINI] Amerika sahkan pemulangan lebih RM700 juta dana 1MDB
Amerika Syarikat mengesahkan pemulangan kira-kira RM721.4 juta atau (AS$156 juta) mewakili transaksi keempat penyerahan dana berkenaan kepada kerajaan Malaysia.
Dana itu adalah hasil dari beberapa aset yang dirampas berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dana itu adalah hasil dari beberapa aset yang dirampas berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.