awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diesel tumpah: Syabas aktifkan kod amaran merah

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2013
15:52 MYT
Diesel tumpah: Syabas aktifkan kod amaran merah
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan loji rawatan air.
Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.
Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Syabas, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan akan bermula bila.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas,, Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel tersebut.
"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang dijalankan.
"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan operasi pembersihan," katanya.
Topic Berkaitan
#kod amaran merah
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan