awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Digitalisasi bantu kurangkan ketidaksamaan berterusan di Asia Pasifik - ADB

Bernama
Bernama
07/05/2025
23:30 MYT
Digitalisasi bantu kurangkan ketidaksamaan berterusan di Asia Pasifik - ADB
Menurut laporan ADB, peratusan penduduk yang menggunakan internet di kawasan bandar adalah 13 mata lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. - Gambar hiasan/ADB
MANILA: Digitalisasi boleh menjadi alat berkesan untuk mengurangkan ketidaksamaan ekonomi yang berterusan di Asia dan Pasifik, namun bagi merealisasikan potensinya, kerajaan perlu merapatkan "jurang digital", menurut Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam satu laporan pada Selasa.
Menurut Laporan Dasar Pembangunan Asia 2025: Memanfaatkan Transformasi Digital untuk Kebaikan, rantau asia dan pasifik telah mencatat kemajuan lebih pantas berbanding rantau wilayah lain dalam pembangunan digital sejak beberapa dekad lepas, namun manfaatnya tidak diagihkan secara saksama, lapor Xinhua.
Sebagai contoh, laporan itu menyatakan peratusan penduduk yang menggunakan internet di kawasan bandar adalah 13 mata lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Kelajuan muat turun internet mudah alih di kawasan bandar juga 38 peratus lebih pantas daripada di kawasan luar bandar.
Kajian lepas turut mendapati banyak ekonomi membangun di Asia dan Pasifik ketinggalan dari segi keterangkuman digital dan secara umum mencatat tahap kemahiran digital yang rendah.
"Transformasi digital yang pesat di Asia dan Pasifik meletakkan rantau ini pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat besar," kata Ketua Ahli Ekonomi ADB Albert Park.
"Kerajaan yang memacu digitalisasi secara inklusif dan mampan berpeluang bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan inovasi secara keseluruhan, tetapi juga mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dalam masa yang sama," katanya.
Laporan itu berkata digitalisasi boleh mengurangkan ketidaksamaan dengan meluaskan akses kepada perkhidmatan asas seperti kewangan peribadi dan pendidikan, selain membantu usahawan kecil mengatasi halangan seperti kekurangan akses kepada pembiayaan atau rangkaian perniagaan.
ADB menyarankan agar kerajaan di Asia dan Pasifik membangun menggubal strategi digital nasional yang mengintegrasikan matlamat keterangkuman dan kemampanan serta melaksanakan dasar yang disesuaikan dengan keperluan tempatan untuk menyokong matlamat itu.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: ADB, digitalisasi, ketidaksamaan ekonomi, albert park
Topic Berkaitan
#ADB
#Asia Pasifik
#digitalisasi
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami