awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilempar molotov cocktail: Polis kaji rakaman CCTV di pejabat Ramasamy

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2016
09:46 MYT
Dilempar molotov cocktail: Polis kaji rakaman CCTV di pejabat Ramasamy
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, pusat khidmat Ramasamy yang terletak di Taman Chai Leng mengalami kebakaran kecil di kaki lima serta pintu gelangsar besi akibat dibaling molotov cocktail. - Gambar fail
Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian melontar bom molotov cocktail di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Prai, Prof P. Ramasamy pada awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian itu.
“Kita sahkan ada menerima laporan dan kita akan siasat. (Penahanan) suspek belum lagi. Kita sedang melihat CCTV. Kita ada SOP kita untuk siasat, kita akan guna seluruh sistem untuk siasat, untuk mengetahui siapa (bertanggungjawab).
“Apa yang dilaporkan berlaku awal pagi ini, kita mahu cari saksi dan akan rujuk CCTV, DNA dan kita akan laporkannya untuk disiasat,” kata Thaiveegan dalam satu sidang media di George Town, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, pusat khidmat Ramasamy yang terletak di Taman Chai Leng mengalami kebakaran kecil di kaki lima serta pintu gelangsar besi akibat dibaling molotov cocktail .
Kejadian disedari seorang pekerja di pejabat tersebut selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Chai Leng, sejurus kejadian.
Topic Berkaitan
#CCTV
#molotov cocktail
#P. Ramasamy
#rakaman kamera litar tertutup
#Thaiveegan
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan