JAKARTA: Kegembiraan untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka buat seorang wanita di Indonesia.
Tribun-Medan.com melaporkan mangsa dikenali sebagai MS berusia 36 tahun dari Banjarmasin itu tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan puteranya, gara-gara dipaksa melahirkan secara normal walaupun bayinya berada dalam kedudukan songsang.
Paling menyedihkan kepala bayinya turut terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran menyakitkan pada 14 April lalu.
Menurutnya, bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
"Saya dipaksa meneran sekuat hati. Suami saya amat terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala. Beberapa kakitangan perubatan itu kemudiannya menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tertinggal," ujarnya yang kehilangan kata-kata dengan kejadian tersebut.
Lebih mengejutkan, pihak rumah sakit itu juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang insiden kecuaian tersebut hingga menyebabkan mereka memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April lalu.
Difahamkan, bayinya sudah disahkan songsang sejak usia kehamilannya mencecah tujuh bulan.
Jenazah bayi itu yang kepalanya sudah dijahit pada badan dilaporkan selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Apr 29 2024
Wanita itu memaklumkan bayinya disahkan songsang sejak usia kehamilan mencecah tujuh bulan. - Foto agensi
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
180 kelahiran dicatat setiap hari di Gaza - Bulan Sabit Merah Palestin
5,500 wanita dijangka bersalin dalam beberapa bulan akan datang dan dengan akses yang terhad kepada rawatan, nyawa ibu-ibu ini dalam bahaya.
UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza
Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.
Kelahiran dua bayi 'anak merdeka' serikan sambutan Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan lebih meriah dengan kelahiran anak pertama Thoe Chui Yan.
Myanmar umum kelahiran spesies gajah putih yang jarang ditemui
Di Myanmar, spesis gajah putih yang jarang ditemui dianggap sebagai haiwan bertuah.
Cardi B dan Offset umum kelahiran cahaya mata kedua
Penyanyi rap Cardi B dan Offset mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi lelaki.
44,307 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2021 - Jabatan Perangkaan
Sebanyak 44,307 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2021 dan jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2020.
Kelahiran wajib didaftar biarpun ibu, bapa terkandas di luar negara - KDN
Undang-undang tersebut menyatakan tanggungjawab mendaftarkan kelahiran tanpa mengira taraf kewarganegaraan, keturunan atau latar belakang.
Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan
Suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan zuriat sulung mereka tengah hari ini.
Malaysia tidak beri kewarganegaraan dengan mudah - KDN
Hamzah berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.