awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WJWC 2025: Malaysia dibelasah Belanda 13-0 pada aksi terakhir Kumpulan A

Bernama
Bernama
06/12/2025
03:05 MYT
WJWC 2025: Malaysia dibelasah Belanda 13-0 pada aksi terakhir Kumpulan A
Skuad wanita negara tewas 13-0 kepada Belanda pada Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025 hari ini. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Hasrat skuad wanita negara menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan nota positif tidak kesampaian apabila Malaysia dibelasah 13-0 oleh Belanda, pada Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025 hari ini.

Ringkasan AI
  • Skuad wanita negara menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan kekalahan telak 13-0 kepada Belanda dalam Kejohanan Piala Dunia Remaja (WJWC) 2025.
  • Belanda menunjukkan dominasi dengan gol-gol daripada beberapa pemain termasuk Noor van den Nieuwenhof dan Iris de Kemp.
  • Keputusan ini menempatkan Malaysia di tangga tercorot dalam kumpulan, manakala Belanda dipastikan sebagai juara kumpulan dengan sembilan mata.

Pada perlawanan berlangsung di Santiago, Belanda mencatat gol menerusi pukulan sudut penalti (PC) Noor van den Nieuwenhof pada minit kelima sebelum Maud van den Heuvel menggandakan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol padang (FG).
Kedua-dua pemain ini turut menyumbang gol masing-masing pada minit ke-57 (PC) dan 37(FG).
Iris de Kemp turut mencatat nama selaku penjaring dengan tiga gol pada minit ke-15 (PC), 17 dan 35 (FG), diikuti Guusje Moes pada minit ke-19 (FG), Mea de Vries (33' PC, 42' FG), Imke Verstraeten (36', 49' PC) dan Trijintje Beljaars (45' FG).
Keputusan itu menyaksikan Young Tigress menamatkan saingan Kumpulan A di tangga tercorot tanpa sebarang mata manakala Belanda selesa selaku juara kumpulan dengan sembilan mata diikuti Jepun (enam mata) dan Chile (tiga mata).
Hanya juara kumpulan serta dua pasukan naib juara terbaik akan mara ke suku akhir manakala empat naib juara lain dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan bersaing dalam penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.
Baki pasukan lain akan beraksi bagi menentukan kedudukan ke-17 hingga 24.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WJWC 2025
#Kejohanan Piala Dunia Remaja
#hoki
#Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan