SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin di Karamunting, di sini, minggu lalu.
Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman iti ke atas Abdu Rasah Amin, 57, selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan dibaca bersama Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.
Darmafikri turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mngikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bokara, Karamunting, jam 11.50 pagi, 15 Julai lalu.
Enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimun RM250,000 selain penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
Pengawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar , Abdul Karim Dakog berkata, spesies penyu hijau atau nama saintifik, 'Chelonia mydas', dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
Mahkamah turut mengarahkan telur penyu dirampas itu diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin di Karamunting, minggu lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tiga nelayan Labuan selamatkan telur penyu, ikan lumba-lumba dapat pengiktirafan
Tiga nelayan menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan Labuan hari ini berikutan penemuan telur penyu dan berjaya menyelamatkan ikan lumba-lumba di perairan pulau bebas cukai itu.
Dipenjara setahun, denda RM50,000 miliki 1,769 biji telur penyu
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin.
PGA Sarawak rampas 11,700 telur penyu bernilai lebih RM100,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan.
Peniaga telur penyu di Pasar Payang akur larangan penjualan
Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut.
Tiga penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan di Terengganu
Tiga bangkai penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan dalam tempoh tidak sampai 25 jam.
PGA gagalkan cubaan seludup masuk 4,800 telur penyu
Pemeriksaan lanjut menemui 19 plastik berisi telur penyu yang dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.
DUN Terengganu lulus enakmen haram jual telur penyu
Persidangan DUN Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021), yang antara lain akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan spesies hidupan marin itu.
46 anak penyu karah diselamatkan orang awam di Port Dickson
Anak penyu itu ditemukan Abd Jamil dan keluarganya yang sedang beriadah di lokasi itu pada kira-kira 11 pagi.
'Itu telur ayam yang dikupas kulitnya, bukan telur penyu' - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan tuduhan liar di media sosial yang mendakwanya tidak sensitif dengan hidangan 'terlarang' telur penyu.
Tiada pembeli pasti tiada penjual, elak kepupusan penyu - FOSTER
Sanggup berdepan risiko kesihatan, tidak peduli undang-undang dan hukum memakan haiwan dua alam menjadi punca utama kepupusan spesis penyu.