awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2024
03:30 MYT
Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Pemandu e-hailing (kiri) dilihat bersama Surendran di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini.
Individu terbabit dilihat tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 10.45 pagi.
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.
Rabu (29 Mei) lalu, media melaporkan, pemandu kenderaan e-hailing terbabit, yang mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan, yang juga OKU telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.
Rusdi dalam kenyataan yang sama berkata, polis Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis, pada 28 Mei lalu pada jam 1 petang oleh pengadu yang merupakan seorang pemandu e-hailing.
Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu e-hailing
#pukul
#pengiring VIP
#pemandu OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan