awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka sakit perut, rupanya dah nak bersalin

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2018
10:15 MYT
Disangka sakit perut, rupanya dah nak bersalin
Gadis malang itu dipercayai hamil selepas dipercayai dirogol kekasih. - Gambar hiasan
Bagaimana tidak remuk hati seorang ibu apabila mendapat tahu anak gadisnya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut rupa-rupanya sedang sarat mengandung.
Gadis malang itu dipercayai hamil selepas dipercayai dirogol kekasih.
Mangsa disahkan hamil selepas ibunya yang berusia 39 tahun membawa remaja perempuan itu ke Hospital Kemaman kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu untuk mendapatkan rawatan setelah mangsa mengadu sakit perut, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, doktor mengesahkan mangsa mengandung 9 bulan.
Menurutnya, mangsa yang sudah tidak bersekolah sebelum itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
"Selepas selesai pemeriksaan, mangsa kemudian ditahan di wad kerana sudah hampir untuk bersalin.
"Sejurus mengetahui keadaan anaknya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama untuk tindakan lanjut," katanya.
Susulan laporan polis itu, suspek yang berusia 27 tahun ditahan di rumahnya di kawasan Bukit Kuang, di sini, kira-kira jam 11.40 malam, juga pada hari sama.
Katanya, suspek direman selama 7 hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Topic Berkaitan
#anak
#bersalin
#hamil
#Hospital
#Kemaman
#mangsa
#mengandung
#perkosa
#polis
#remaja
#rogol
#seks
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan