Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut

Bernama
Julai 1, 2022 03:30 MYT
Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula hari ini sehingga 31 Okt, 2022.
Dalam satu kenyataan, SSM berkata di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.
Sebelum ini, insentif tersebut telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac, 2022 dan tamat pada 30 Jun, 2022.
Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
#SSM #kompaun #Akta Syarikat 1965 #insentif