awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2020
04:53 MYT
Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini
Dr Stephen Rundi maklumkan RM24 juta dibelanjakan Kerajaan Sarawak bagi subsidi diskaun bil air bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada rakyat Kerajaan Sarawak melanjutkan diskaun bayaran bil air untuk tempoh tiga bulan lagi dari Oktober hingga Disember 2020.
Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menerusi kenyataan berkata lanjutan ini dibuat di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
Jelasnya menerusi inisiatif ini, isi rumah dengan akaun domestik menikmati diskaun 25 peratus.
Sementara pengguna komersial dan komersial domestik menikmati 15 peratus diskaun manakala pengguna industri menikmati diskaun 10 peratus.
Inisiatif ini kata Dr Stephen Rundi akan memanfaatkan kira-kira 600,000 pengguna air di seluruh Sarawak.
"Bagi tempoh dari 1 April hingga 30 September 2020, jumlah subsidi oleh Kerajaan Sarawak adalah kira-kira RM24 juta.
“Sejumlah sekitar RM10 juta lagi diperlukan bagi tempoh lanjutan dari Oktober hingga Disember tahun ini,” katanya.
Tambah Dr Stephen Rundi, kementeriannya akan terus bekerjasama dengan semua agensi bekalan air bagi memastikan rakyat Sarawak mempunyai akses kepada liputan 100 peratus utiliti yang boleh dipercayai, berkualiti, cekap dan berpatutan menjelang tahun 2025.
Kerjasama melibatkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn Bhd.
Kenyataan media Kementerian Utiliti Sarawak mengenai lanjutan diskaun bil bekalan air.
Kenyataan media Kementerian Utiliti Sarawak mengenai lanjutan diskaun bil bekalan air.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#air
#diskaun
#bil
#Dr Stephen Rundi Utom
#JBALB
#KWB
#SWB
#LAKU Management
#Kuching
#Sibu
#pandemik
#bekalan air
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan