SHAH ALAM:Kerajaan negeri Selangor menyifatkan pemberian diskaun atau rebat kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan air tidak akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbelanjaan itu sepatutnya digunakan untuk menghalang daripada kegiatan sama berulang.
“Ini seolah-olah kita menyerah kepada takdir bahawa pencemaran ini akan berlaku dan setiap kali pencemaran berlaku kita kena bayar pula kepada rebat dan sebagainya.
“Ia tidak memutuskan tangan-tangan yang terpaksa mengaut air dan juga mengambil air setiap hari dan ia tidak terbayar dengan diskaun sebegitu rupa,” katanya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga komited memastikan penguatkuasaan diperketatkan pada masa-masa akan datang.
Jelasnya lagi, sepanjang tempoh April hingga September, kerajaan negeri dan pihak berkaitan berjaya mengelakkan kejadian tersebut berlaku menerusi pemantauan 24 jam.
“Namun mutakhir ini kejadian pencemaran berulang-ulang berlaku dan ia adalah salah satu yang agak mendukacitakan.
“Kita perlu mempergiatkan proses kawalan kita. Kalau nak kata kita buat apa selama ini, kita buat 24 jam kawalan,” ujar beliau.
Kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada pukul 2 pagi, Isnin lalu.
BACA: LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan
Hasimi Muhamad
Wed Oct 21 2020
Pemberian diskaun atau rebat kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan air tidak akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di Selangor, kata Amirudin Shari.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Banjir Kelantan: LRA Bukit Remah dihenti tugas kerana paip pecah, tanah mendap
Paip air mentah bersaiz 700mm pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA Bukit Remah serta terdapat pergerakan tanah.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.