awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite

Amanz
Amanz
08/02/2024
11:39 MYT
Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini. -Amanz
BEBERAPA tahun lalu, CEO Netflix berkata pesaing mereka ialah Fortnite bukannya Disney+.
Semalam, CEO Disney Bob Iger mengumumkan House of Mouse akan melabur $1.5 bilion bagi memiliki saham di dalam Epic Games, syarikat yang membangunkan Fortnite.
Menerusi pelaburan in, “dunia hiburan” Disney akan dibina di dalam dunia Fortnite.
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.
Walaupun frasa metamesta tidak digunakan, secara zahirnya ini ialah dunia Disney di dalam ekosistem Fortnite yang boleh diakses sepanjang masa.
Watak Disney boleh dimainkan, kandungan Disney boleh dihasilkan dan lebih penting bagi pemegang IP ialah boleh dibeli oleh pemain.
Perjanjian di antara Disney dan Epic Games di dalam Fornite ini adalah untuk beberapa tahun. Sebelum ini watak Marvel ditawarkan untuk tempoh terhad di dalam Fortnite maka pengumuman hari ini tidaklah begitu mengejutkan.
Permainan video menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding perfileman sejak akhir-akhir ini.
Sinergi di antara Disney dan Epic Games pastinya akan menguntungkan kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi buat Disney yang melihat pendapatan perfileman dan taman tema mereka yang mula merudum. -Amanz
Topic Berkaitan
#Disney
#Epic Games
#fortnite
#House of Mouse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan