awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disyaki terima rasuah RM2,700, dua kakitangan badan berkanun ditahan SPRM Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
29/04/2021
07:36 MYT
Disyaki terima rasuah RM2,700, dua kakitangan badan berkanun ditahan SPRM Sabah
Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy memaklumkan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun negeri ini selepas disyaki menerima wang rasuah RM2,700.
Dalam tangkapan berasingan bermula jam 3.15 petang Rabu, suspek pertama berjaya dicekup di Tuaran manakala suspek kedua ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 8 malam.
Kedua-dua suspek berusia 30 dan 40-an.
Sejumlah wang RM3,500 turut dirampas dipercayai diterima oleh suspek secara rasuah.
Terdahulu, menurut sumber, dua individu berkenaan dipercayai meminta wang tersebut daripada pekerja yang menjalankan kerja pertanian di badan berkanun tersebut sebagai balasan mendapatkan kontrak kerja.
Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Beliau berkata, kedua dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Kota Kinabalu
#suspek
#siasatan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan