awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
MALAYSIA
Bomba selamatkan remaja terperangkap dalam kebakaran
BISNES
Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam direman lima hari

Bernama
Bernama
06/01/2025
09:43 MYT
Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam direman lima hari
Suspek ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini.
Perintah reman hingga 10 Januari terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dan 2024 dengan menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik isterinya.
"Suspek telah ditangkap bersama isterinya semalam tetapi isterinya dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya sambil memaklumkan keseluruhan projek yang terlibat bernilai kira-kira RM500,000.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#penjawat awam
#tuntutan bayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami