ETS3: Pengangkutan alternatif agar sampai JB dengan lebih ceria - Penumpang

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) mula beroperasi hari ini dan membawa seramai 233 penumpang dari KL Sentral, tiba di JB Sentral sekitar jam 12.20 tengah hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sistem pengangkutan rel negara memasuki era baharu apabila perkhidmatan Tren Elektrik Tiga (ETS3) menghubungkan Kuala Lumpur–Johor Bahru mula beroperasi tepat jam 7.45 pagi, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- ETS3 memulakan perkhidmatan menyusuri laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru, membuka peluang mobiliti baru dengan penumpang memuji penjimatan masa, kos rendah, dan keselesaan perjalanan.
- Harga tiket ETS3 sebanyak RM80 ke Johor Bahru disifatkan berpatutan oleh pengguna, memberikan pilihan seimbang antara kos dan keselesaan berbanding pengangkutan alternatif.
- Faktor keselamatan menjadi keutamaan penumpang memilih ETS3 berbanding pengangkutan darat, dengan harapan rel dapat mengurangkan risiko kemalangan yang semakin meningkat.

Badrul Hisham Abdul Muttalib - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
Antaranya petugas agensi pelancongan, Badrul Hisham Abdul Muttalib yang berpandangan perjalanan konvensional menerusi lebuh raya ada kalanya meletihkan kerana perlu mengharungi kesesakan lalu lintas.
"Kalau nasib baik, waktu itu jalan lengang, mungkin dalam tiga jam boleh sampai Johor Bahru untuk pergi bercuti. Namun kalau trafik padat, siap sedia hadap lima jam perjalanan.
"Trafik sangat perlahan sampai saya rasa macam pandu lori, itu sebab saya pilih ETS3 sebagai alternatif supaya boleh sampai Johor Bahru dalam keadaan ceria," ujarnya ketika ditemui Astro AWANI pada Jumaat.
Selain itu, faktor kos turut menjadi pertimbangan utama pengguna memilih ETS3 berbanding mod pengangkutan lain.

Kalaiselvan Maruthai - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
Ahli perniagaan, Kalaiselvan Maruthai pula menyifatkan harga tiket RM80 sehala untuk ke Johor Bahru sebagai kos berpatutan.
"Kos itu memang saya cakap bagus, pada saya murah. Kalau naik bas pun, kadang-kadang mungkin lebih daripada itu, tambang ETS3 masih boleh diterima," katanya.

Hafeezul Ahmad Roslee - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
Pandangan sama turut dikongsi jurujual, Hafeezul Ahmad Roslee yang berpendapat ETS3 menawarkan pilihan seimbang antara kos dan keselesaan.
"Kalau perjalanan seorang, lebih berbaloi naik ETS, jika naik bas mungkin murah tetapi lambat sebab dia banyak perhentian dan kena menghadapi kesesakan lalu lintas.
"Naik ETS ini kita boleh rehat dan nikmati perjalanan, tak perlu keluarkan tenaga untuk memandu," jelas Hafeezul.
Badrul pula melihat kemudahan disediakan ETS berbaloi dengan harga.
"Apabila naik ETS ini kita tak perlu risau, kalau nak menjamu selera, kafe ada di dalam gerabak. Kalau nak solat, kemudahan surau juga ada," kata Badrul.
Seterusnya, faktor keselamatan antara sebab penumpang memilih perkhidmatan rel berbanding jalan raya, Kalaiselvan berkata nahas dilaporkan media amat membimbangkan.
"Paling penting keselamatan, kalau tengok bas sekarang banyak berlanggar, sangat menyeramkan. ETS ini saya yakin selamat, kita kena berterima kasih kepada negara kita," ujarnya.
Untuk rekod, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) selamat disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Khamis.
PLBEGJB menawarkan enam gerabak dengan 312 tempat duduk, melibatkan jajaran sepanjang 192 kilometer dan 11 stesen moden.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perbezaan utama antara pengangkutan rel ETS3 dengan perjalanan menggunakan kenderaan peribadi? A: Penumpang ETS3 menikmati penjimatan masa, kos yang berpatutan, dan keselesaan perjalanan berbanding mengharungi kesesakan lalu lintas dengan kenderaan peribadi.
- Q: Apakah faktor utama yang menjadi pertimbangan pengguna dalam memilih ETS3 berbanding mod pengangkutan lain? A: Faktor kos tiket yang berpatutan serta keselesaan perjalanan menjadi pertimbangan utama pengguna dalam memilih ETS3 berbanding mod pengangkutan lain.
- Q: Mengapa pengguna menganggap harga tiket RM80 sehalaju ETS3 ke Johor Bahru adalah berpatutan? A: Pengguna menganggap harga tiket RM80 sehalaju ETS3 ke Johor Bahru adalah berpatutan kerana ianya lebih murah berbanding naik bas dan menawarkan keselesaan serta penjimatan masa yang baik.
- Q: Apa kemudahan tambahan yang disediakan oleh ETS3 yang menjadikannya pilihan yang lebih berbaloi berbanding mod pengangkutan lain? A: ETS3 menawarkan kemudahan seperti kafe di dalam gerabak, kemudahan surau, serta keselamatan yang lebih terjamin, menjadikannya pilihan yang lebih berbaloi berbanding mod pengangkutan lain.
- Q: Mengapakah keselamatan menjadi faktor penting yang mendorong penumpang untuk memilih pengangkutan rel berbanding jalan raya? A: Keselamatan menjadi faktor penting yang mendorong penumpang untuk memilih pengangkutan rel berbanding jalan raya disebabkan kebimbangan terhadap nahas yang sering berlaku di jalan raya, manakala pengangkutan rel dianggap lebih selamat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

