awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2023
11:06 MYT
Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000
Datuk S Sasikala Devi (kanan) berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan semasa rondaan cegah jenayah anggota Balai Polis Puchong pada 13 September. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Seorang lelaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM100,000 untuk mengelak daripada ditahan selepas penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM2.7 juta di dalam but keretanya di tepi jalan di Bukit Puchong, Selangor, 13 September lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan semasa rondaan cegah jenayah anggota Balai Polis Puchong kira-kira jam 7.50 petang.
"Suspek yang sedang berjalan menuju ke keretanya jenis Hyundai itu dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.
"Pemeriksaan anggota polis terbabit di ruangan khas di but kereta suspek menemui sembilan bungkusan dadah disyaki ketamin seberat 45.4 kilogram bernilai RM2.7 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.
Beliau berkata, suspek juga cuba menawarkan wang sogokan bernilai RM100,000 kepada anggota terbabit supaya tidak ditangkap.
Katanya, dipercayai dadah terbabit untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.
"Suspek kemudian telah direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#Selangor
#rampasan dadah
#sogok polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan