KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Skandaguru Anandan berkata lelaki berusia 33 tahun itu merupakan suspek yang ditahan sejak 29 Julai lepas.
"Dia ditahan sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.
"Pada 4.59 pagi tadi, suspek berkenaan ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital telah dihubungi bagi tujuan rawatan awal dan kira-kira 5.20 pagi, pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam telah mengesahkan kematiannya," menurut beliau dalam kenyataan malam ini.
Skandaguru berkata suspek telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat yang dijadualkan esok.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat yang dijadualkan esok. - Gambar hiasan
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Suspek kes dadah meninggal dunia dalam lokap
Seorang suspek kes dadah ditemukan meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Selasa.
Ditahan sejak Julai, polis sahkan suspek mati mengejut dalam tahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam hari ini.