[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'

Sinar Harian 26/05/2021 | 16:31 MYT
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu. - Gambar fail
SHAH ALAM : Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengucapkan 'terima kasih' kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta-merta.
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
“Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.
"Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
BACA: Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan
Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.
“Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
#Tajuddin Abdul Rahman #prasarana #ditamatkan perkhidmatan #Kementerian Kewangan #terima kasih #tidak mendesak #kontroversi