awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/05/2021
11:22 MYT
Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta - Kementerian Kewangan
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta-merta.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.
"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat tersebut, hari ini.
Menurut laporan Bernama, jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan surat penamatan perkhidmatan tersebut ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sementara itu, sumber dalaman yang rapat dengan perkara ini turut memberi pengesahan ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuat kuasa 11 Mei 2020.
Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.
Prasarana merupakan sebuah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).
BACA: COVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka
BACA: LRT bertembung: Bantuan khas RM1,000 kepada 213 mangsa
BACA: LRT bertembung: Semua petugas terlibat tidak dibenarkan kendalikan operasi tren
Tajuddin sebelum ini mendapat kecaman ramai pihak susulan kenyataannya yang dikatakan tidak bersimpati dengan mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi kemalangan itu pada Selasa.
Dalam kejadian pada Isnin 8.45 malam, 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Kementerian Kewangan
#prasarana
#Malaysia
#Astro Awani
#laman sosial
#Pengerusi Prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan