MELAKA: Gara-gara tertarik dengan tawaran gaji lumayan RM9,000 sebulan di Dubai, dua gadis diperdaya 'ejen pekerjaan' dan dipaksa bekerja sebagai 'scammer' di Laos.
Bagaimanapun nasib malang kedua-dua mereka berusia 27 dan 38 tahun berakhir selepas mendapat pertolongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Soo Chin.
Seah Soo Chin berkata, mereka pergi ke Dubai dengan dokumen perjalanan yang sah selepas tertarik dengan tawaran kerja yang ditawarkan seorang wanita warganegara China.
Menurutnya, mangsa berusia 38 tahun terpedaya dengan wanita yang dikenali hampir tujuh tahun itu sebelum mengajak rakannya menerima tawaran pekerjaan tersebut.
"Malangnya setiba di Dubai pada Disember tahun lalu, mereka ditawarkan pekerjaan sebagai operator kasino dalam talian dengan gaji RM6,000 sebulan.
"Kemudian mereka dibawa ke Thailand dengan menaiki kereta dan bot dengan alasan untuk bekerja dalam sektor kewangan sebelum dibawa pula ke Laos," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Jelasnya, ketika di Laos, mangsa dipaksa bekerja sebagai 'scammer' dan akhirnya berjaya menghubungi beliau untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.
Ujarnya, dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Laos, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Kementerian Luar Negeri kemudian berjaya mengatur kepulangan mereka berdua.
"Bagaimanapun tidak lama dari tarikh pulang, mereka nyaris ditipu seorang individu yang menawarkan perkhidmatan pulang segera dengan bayaran RM5,000.
"Nasib baik mereka menghubungi saya semula dan tidak membuat sebarang pemindahan wang ke dalam akaun bank milik seorang individu.
"Cuma saya terkilan seolah-olah perancangan kepulangan mereka didakwa diketahui orang lain sehingga cuba memperdayakan mangsa sekali lagi," katanya.
Tambahnya, orang ramai perlu berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu setiap agensi pekerjaan yang menawarkan kerja terutama bekerja di luar negara.
"Selepas kes ini saya juga dihubungi dua individu yang dipaksa kerja sebagai 'scammer' di Kemboja," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 18 2022
Dua wanita yang dipaksa bekerja sebagai 'scammer' di Laos diselamatkan. -Foto Sinar Harian
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Ditawar kerja di Dubai tapi dipaksa jadi 'scammer' di Laos
Mereka pergi ke Dubai dengan dokumen perjalanan yang sah selepas tertarik dengan tawaran kerja yang ditawarkan seorang wanita warganegara China.