KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih tempat kedua acara 100 meter (m) pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), Jumaat waktu tempatan.
Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s).
Advertisement
Tempat pertama dimenangi wakil tuan rumah Cameron Crump dengan catatan 10.20 s manakala tempat ketiga milik atlet Zimbabwe Makanakaishe Charamba 10.34 s.
Muhammad Azeem dijangka menyertai kuartet 4x100 m Universiti Auburn pada kejohanan itu, selain mengambil bahagian perlumbaan 200 m yang dijadualkan berlangsung esok. (Sabtu waktu AS).
-- BERNAMA