awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen ASN 2.02 sen

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/12/2020
04:18 MYT
Dividen ASN 2.02 sen
ASNB umum agihan pendapatan dana harga berubah pertamanya Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 2.02 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan dana harga berubah pertamanya Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 2.02 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata ia akan membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM36.6 juta.
Pengagihan pendapatan ini memberikan hasil dividen 3.18 peratus berdasarkan jangkaan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 31 Disember 2020.
"Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada 1.21 juta pemegang unit dengan jumlah pelaburan melebihi 1.8 bilion unit.
"'Setakat 30 November 2020, ASN mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM44.3 juta untuk 11 bulan pertama tahun kewangannya.
"Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN adalah berdasarkan unit yang dipegang setakat 31 Disember 2020," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelas kenyataan itu lagi, pengagihan yang diisytihar akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021, berdasarkan NAB seunit pada 31 Disember 2020.
Selain itu, urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 untuk memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui portal www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 4 Januari 2021.
Topic Berkaitan
#nilai
#PNB
#ASNB
#dividen
#Dividen ASB
#Zeti Akhtar Aziz
#Amanah Saham Nasional
#dana harga berubah
#asn
#nilai aset bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan