awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah perintah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000
Empat individu direkod keterangan bantu siasatan kes remaja jatuh kondominium
RM5.5 juta laksana saringan kanser serviks, sasar 32,000 wanita tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DKMN 2030: Revolusi industri padi, pendigitalan dan mekanisasi teras baharu sektor pertanian - Mohamad Sabu

Pia Ernadya
Pia Ernadya
29/01/2026
08:42 MYT
DKMN 2030: Revolusi industri padi, pendigitalan dan mekanisasi teras baharu sektor pertanian - Mohamad Sabu
MOHAMAD: Kita tidak boleh lagi bergantung kepada cara lama. Revolusi industri padi ini akan memastikan setiap usaha pertanian lebih cekap dan berdaya saing. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sektor pertanian negara harus bergerak seiring dengan arus modenisasi dan tidak lagi bekerja mengikut cara lama, tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ringkasan AI
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menekankan perlunya sektor pertanian Malaysia mengikuti arus modenisasi melalui Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing dalam industri padi serta teknologi pertanian.
  • DKMN 2030 menetapkan empat misi utama iaitu memastikan bekalan makanan, memperkukuh sistem agromakanan mampan, menyediakan makanan selamat dan pemakanan sihat, serta mencipta sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif untuk semua rakyat.
  • Beliau menggesa kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan pihak berkepentingan dalam mengubah sektor pertanian dari sekadar tanaman sara diri kepada sektor bernilai tinggi yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata, menerusi Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030), kerajaan akan mencetuskan revolusi dalam industri padi, memperkukuh kedaulatan benih tempatan serta memastikan teknologi mekanisasi dan pendigitalan menjadi nadi kepada setiap rantaian pengeluaran pertanian.
“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada cara lama. Revolusi industri padi ini akan memastikan setiap usaha pertanian lebih cekap dan berdaya saing,” katanya.
Mohamad Sabu menambah, langkah itu adalah sebahagian daripada DKMN 2030 yang menetapkan empat misi utama bagi menjamin bekalan makanan, meningkatkan produktiviti dan memacu pertumbuhan ekonomi inklusif.
“Misi kedua, membina sistem agromakanan yang mampan dan berdaya tahan. Dalam mendepani ketidaktentuan iklim, kita akan memaju model pertanian regeneratif dan ekonomi kitaran.
"Kita juga akan memastikan sumber marin kita diurus secara lestari, di samping memperkukuh sistem amaran awal agar apabila krisis melanda, negara sudah pun bersedia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran DKMN 2030 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, misi ketiga menumpukan kepada makanan selamat dan pemakanan sihat untuk semua rakyat.
“Bagi saya, kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi. Melalui inisiatif seperti Hits for All di sekolah-sekolah dan kempen Eat Healthy, Go Local, kita ingin memastikan setiap anak-anak dan warga kita mendapat zat pemakanan terbaik daripada hasil bumi kita sendiri,” tegasnya.
“Dan yang keempat, misi kita adalah untuk mencipta sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi yang terangkum. Tidak ada sesiapa yang akan terpinggir. Sama ada masyarakat luar bandar, Orang Asli maupun golongan rentan,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu menyeru semua pihak berkepentingan serta rakan strategik sektor swasta untuk bergerak sebagai satu pasukan.
Beliau menegaskan sektor pertanian tidak lagi boleh dilihat sekadar tanaman sara diri, sebaliknya perlu diposisikan sebagai sektor bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan lumayan.
“Keterjaminan makanan adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak boleh melakukannya sendirian. Saya menggesa pihak swasta tampil lebih agresif melabur dalam sektor agromakanan dan jadikan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi terbaru,” katanya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030)? A: Kerajaan akan mencetuskan revolusi dalam industri padi, memperkukuh kedaulatan benih tempatan, serta memastikan teknologi mekanisasi dan pendigitalan menjadi nadi kepada setiap rantaian pengeluaran pertanian.
  • Q: Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) apabila berkata sektor pertanian negara perlu bergerak seiring dengan arus modenisasi? A: Menteri KPKM menyatakan sektor pertanian perlu bergerak bersama arus modenisasi dengan meninggalkan cara lama untuk memastikan kecekapan dan daya saing dalam usaha pertanian.
  • Q: Apakah salah satu misi utama DKMN 2030 yang ditekankan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu? A: Salah satu misi utama DKMN 2030 adalah untuk memastikan makanan selamat dan pemakanan sihat untuk semua rakyat, dengan inisiatif seperti Hits for All di sekolah-sekolah dan kempen Eat Healthy, Go Local.
  • Q: Bagaimana kerajaan merancang memastikan sumber marin diurus secara lestari dalam DKMN 2030? A: Dalam DKMN 2030, kerajaan merancang untuk memastikan sumber marin diurus secara lestari dan memperkukuh sistem amaran awal sebagai persediaan menghadapi krisis yang mungkin berlaku.
  • Q: Apakah yang dituntut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada pihak swasta dalam memajukan sektor pertanian? A: Menteri KPKM menuntut agar pihak swasta tampil lebih agresif melabur dalam sektor agromakanan dan menjadikan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi terbaru bagi memastikan keterjaminan makanan bersama-sama.

Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#DKMN 2030
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#sistem agromakanan mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan