awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tiada kompromi pelanggaran amanah dalam ATM - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu direkod keterangan bantu siasatan kes remaja jatuh kondominium

Bernama
Bernama
29/01/2026
10:15 MYT
Empat individu direkod keterangan bantu siasatan kes remaja jatuh kondominium
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan guru remaja itu.
GEORGE TOWN: Polis telah merekodkan keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor, di sini Ahad lepas.

Ringkasan AI
  • Polis merekodkan keterangan empat individu bagi siasatan remaja 15 tahun yang mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari kondominium di Gelugor.
  • Ketua Polis Daerah Timur Laut menyatakan kejadian tidak berkaitan dengan jenayah dan kemungkinan mangsa terjatuh.
  • Remaja itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang dan polis menunggu beliau sedar untuk merekodkan keterangannya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan guru remaja itu.
"Berdasarkan keterangan setakat ini, kejadian tidak menjurus ke arah jenayah dan kemungkinan mangsa terjatuh.
"Bagaimanapun pihak polis sedang menunggu remaja itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang sedar untuk direkodkan keterangannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan remaja itu ditemukan terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan pada 1.05 tengah hari Ahad selepas terjatuh dari tingkat 10.
Pihak polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan kejadian terbabit dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keterangan yang telah direkodkan oleh polis berhubung kejadian remaja yang terjatuh dari kondominium di Gelugor? A: Polis merekodkan keterangan empat individu termasuk ahli keluarga, rakan, dan guru remaja tersebut.
  • Q: Apakah pendapat Ketua Polis Daerah Timur Laut berkenaan kejadian tersebut? A: Ketua Polis menyatakan bahawa kejadian tidak menunjukkan unsur jenayah dan kemungkinan mangsa terjatuh, menunggu remaja tersebut sedar untuk merekodkan keterangannya.
  • Q: Di manakah remaja tersebut kini dirawat? A: Remaja tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Topic Berkaitan
#remaja 15 tahun
#jatuh kondominium
#Gelugor
#rekod keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan