awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DMDI gesa Myanmar benarkan pasukan penyiasat PBB siasat dakwaan penindasan

Bernama
Bernama
02/07/2017
09:52 MYT
DMDI gesa Myanmar benarkan pasukan penyiasat PBB siasat dakwaan penindasan
Mohd Ali (berdiri, dua kiri) beramah mesra dengan Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Tun Ali hari ini. Turut hadir Tun Mohd Khalil Yaakob (duduk, kanan). --fotoBERNAMA
Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Kerajaan Myanmar memberi kebenaran kepada pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dakwaan terdapat insiden terbaharu penindasan oleh pasukan keselamatan negara itu terhadap etnik Muslim Rohingya.
Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata Myanmar sebagai sebuah negara yang telah lama menyertai ASEAN sepatutnya memahami prinsip demokrasi yang diamalkan oleh semua negara anggota kumpulan serantau itu.
"Dalam hal sebegini, Kerajaan Myanmar sepatutnya perlu bersikap lebih terbuka dan memberi kerjasama dengan pasukan penyiasat PBB," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ketua Bahagian UMNO Bukit Katil yang juga disandang beliau, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Katanya pihak DMDI telah menyuarakan isu berhubung penindasan etnik Rohingya sejak tahun lepas dan berharap kerajaan Myanmar bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak PBB.
Laporan media menyebut bahawa Myanmar menghalang kemasukan anggota penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi fokus kepada dakwaan pembunuhan, rogol dan penyiksaan oleh pasukan keselamatan negara itu terhadap etnik Muslim Rohingya.
Bernama semalam melaporkan Ahmad Zahid berkata Kerajaan Malaysia sedang menunggu laporan daripada Wisma Putra berhubung perkembangan terbaharu isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#DMDI
#Mohd Ali Mohd Rustam
#Myanmar
#pasukan penyiasat
#PBB
#penindasan
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan