SHAH ALAM: Bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia sewaktu mengerjakan umrah pada 14 Februari tahun lalu, Mohamad Amirul Zulkafly, 37, berharap dapat meluangkan masa lebih lama di pusara anaknya, Nur Alesha Ammara, 4, di Tanah Perkuburan Baqi', Madinah.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru mengharapkan supaya orang ramai mendoakan giliran dia bagi menunaikan ibadah haji dipercepatkan.
"Saya harap diberikan peluang untuk berbuat demikian supaya saya boleh ziarah (kubur) arwah lebih lama kerana tempoh berada di Madinah ketika haji lebih panjang berbanding sewaktu melaksanakan umrah.
"Sejak anak meninggal dunia, hidup saya memang berubah 360 darjah. Kesedaran dan rasa ingin berkunjung ke sana (Tanah Suci) sangat kuat sehingga saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke tempat lain walaupun berpeluang untuk berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.
Sebelum ini, Mohamad Amirul sekeluarga telah dijemput untuk mengerjakan umrah pada 4 Februari 2023 dan segala urusan berjalan dengan lancar dari Malaysia sehingga tiba di Tanah Suci.
Pada 12 Februari, Aleesha dikejarkan ke hospital di Madinah akibat demam dan menggigil tetapi dilaporkan sudah kembali normal setelah diberi rawatan.
Bagaimanapun, keadaan Alesha kembali kritikal secara tiba-tiba dan terpaksa ditidurkan selama dua hari sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan jenazah kanak-kanak terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' selepas Subuh pada 15 Februari 2023.
Dalam pada itu, Mohamad Amirul memaklumkan, dia telah menjual motosikal Yamaha LC135 V1 yang dimilikinya sejak 2011 kepada seorang penduduk di Sabah dengan harga RM5,100 bagi menampung kos untuk mengerjakan umrah kali kedua pada 17 hingga 28 Disember tahun lalu.
"Saya memang tekad nak jual walaupun banyak kenangan bersama arwah anak sebab saya selalu bawa dia dan abang bersiar-siar setiap petang dengan menunggang motosikal berkenaan.
"Pada mulanya saya berfikir mahu membayar secara ansuran kepada pihak agensi tapi berasa kurang selesa, maka saya membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian selagi mampu dan inilah hasilnya apabila saya berjaya menjual motosikal selepas memuat naik iklan jualan di Facebook," jelasnya.
Tambah Mohamad Amirul, tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan dia dan isteri, Nor Ashwa Johalim, 34, sebaik sahaja mereka tiba di Tanah Suci buat kali kedua bersama anak lelaki sulung, Mohamad Arysh Ayden, 7 serta beberapa lagi ahli keluarga yang lain.
Ujarnya, pihak agensi memberikan mereka bilik yang menghadap ke arah Tanah Perkuburan Baqi' dan Masjid Nabawi yang boleh dilihat menerusi tingkap hotel sahaja.
"Ini adalah rezeki yang ALLAH berikan kepada kami. Setiap hari saya boleh ziarah anak (Alesha) dekat kubur tetapi di sana perempuan tidak dibenarkan masuk, jadi saya akan membuat panggilan video bersama isteri dan melambai tangan ke arah dia setiap kali saya masuk (kubur).
"Pintu tanah perkuburan Baqi' dibuka dua kali sehari iaitu pagi selepas Subuh dan petang selepas Asar tapi masa berlalu sangat cepat. Kalau boleh saya nak tinggal di sana (Madinah) lebih lama, harap ada rezeki untuk menunaikan haji dalam masa terdekat dan saya meminta doa daripada semua orang supaya segala urusan saya dipermudahkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Mohamad Amirul berswafoto di pusara Nur Alesha Ammara. - Foto Sinar Harian (Gambar kecil: Alesha Ammara)
Karnival Sandakan gabung keunikan pelbagai etnik di Sabah
Penglibatan beberapa kaum etnik dalam Karnival Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Sandakan 2024 menjadi landasan terbaik mengukuhkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
AWANI Borneo [29/05/2024] - Limpahan Sungai Baram | Hasil negeri | Pesta Kaamatan
Awani Borneo Selasa, 29 Mei 2024 bersama Fauzi Zin;
1. Lebih 500 penduduk Kampung Long Bemang terjejas banjir
2. Sabah kemuka tuntutan 40 peratus hasil negeri ikut kiraan dan data kerajaan negeri
3. Pesta Kaamatan: Tempahan & sewa pakaian tradisi terus dapat perhatian
1. Lebih 500 penduduk Kampung Long Bemang terjejas banjir
2. Sabah kemuka tuntutan 40 peratus hasil negeri ikut kiraan dan data kerajaan negeri
3. Pesta Kaamatan: Tempahan & sewa pakaian tradisi terus dapat perhatian
Tempahan & sewa pakaian tradisi terus dapat perhatian
Setiap kali menjelang Pesta Kaamatan para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa pakaian tradisi untuk digunakan pada majlis-majlis yang diadakan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sabah kemuka tuntutan 40 peratus ikut kiraan & data sendiri
Kerajaan negeri Sabah akan mengemukakan kiraan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu daripada kerajaan persekutuan berdasarkan kiraan dan data yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi PRK Sungai Bakap.
Lelaki ditahan bersama 4.5 kilogram dadah berilai RM274,320
Seorang lelaki warga asing berumur 25 tahun ditahan bersama 4.5 kilogram dadah bernilai RM274,320 di jeti awam Pelabuhan Lama Tawau.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sabah setuju wujudkan hubungan laut Kudat-Palawan
Kerajaan Negeri telah mencadangkan untuk mewujudkan hubungan laut antara Kudat dan Palawan, Filipina bagi memulihkan ekonomi daerah di utara Sabah itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Culik, rogol, liwat, bunuh gadis, hukuman gantung terhadap Shahril kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati dihadapi seorang bekas ahli perniagaan yang disabitkan kesalahan membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita 18 tahun lepas.
Jangan lalai dan leka tentang kabel penyambung elektrik
Pemangku Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii beri pesanan kepada penduduk yang akan pulang kampung sempena Gawai supaya jangan lalai dan jangan leka dengan peralatan elektrik, terutama kabel penyambung yang melangkaui kapasiti penggunaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
558 penduduk Kampung Long Bemang, Ulu Baram terjejas teruk
Seramai 558 orang penduduk yang mendiami 103 pintu rumah panjang Kampung Long Bemang, Ulu Baram, terjejas teruk apabila kampung mereka dilanda banjir setinggi 1.7 kaki, pagi pada Rabu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Doakan saya dapat 'jumpa' Alesha Ammara lebih lama
Mohamad Amirul yang juga seorang guru mengharapkan supaya orang ramai mendoakan giliran dia bagi menunaikan ibadah haji dipercepatkan.