Hakim dan pegawai kehakiman Malaysia telah menerima latihan daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenai cara untuk mengendali kes jenayah moden, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum hari ini.
Beliau berkata DoJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden seperti pengubahan wang haram, penipuan mata wang kripto, keganasan dan pemerdagangan manusia.
DoJ mula memberi latihan berkenaan sejak tahun lepas.
"Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah satu lagi organisasi antarabangsa yang sangat membantu badan kehakiman kita terutama dalam menangani litigasi kepentingan awam.
Universiti-universiti tempatan juga membantu. Latihan ini mengambil masa untuk matang. Kita perlu ingat bahawa Putrajaya bukan dibina dalam sehari," kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran pembukaan Tahun Perundangan 2019, di sini.
Ketua Hakim Negara berkata Akademi Kehakiman Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah menganjurkan latihan dalaman untuk hakim dalam beberapa bidang undang-undang.
Sebagai sebahagian daripada usaha itu, beliau berkata badan kehakiman sedang berbincang untuk membawa hakim-hakim yang berpengalaman dari United Kingdom untuk berkongsi pengalaman mereka dalam pengurusan kes yang berkesan.
"Kami juga sedang berbincang dengan Badan Kehakiman Singapura bagi program perkongsian pengetahuan. Pada Mac akan ada satu program yang dianjurkan dengan bantuan Badan Kehakiman Singapura," katanya.
Dalam perkembangan lain, Malanjum berkata badan kehakiman telah membuat satu deklarasi yang tegas untuk menegakkan Kedaulatan Undang-undang dan toleransi sifar terhadap apa-apa bentuk rasuah dan gangguan kehakiman sama ada secara dalaman atau luaran, politik atau sebaliknya, dalam pelaksanaan tugas kehakiman.
"Kami mengalu-alukan maklumat jika ada yang berlaku. Saya memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil mengikut undang-undang. Badan Kehakiman kekal dan akan tetap teguh dalam menegakkan kebebasannya.
"Kami sedar bahawa antara sebab mengapa orang ramai mempunyai persepsi negatif terhadap mahkamah adalah bahawa keputusan kami pada masa-masa tertentu tidak selaras dengan perasaan orang ramai atau kehendak majoriti. Respons kami terhadap perkara ini ialah supaya untuk memahami fungsi mahkamah," katanya.
Malanjum juga menggesa peguam muda supaya memberi bantuan perundangan secara percuma bagi mereka yang tidak diwakili manakala peguam yang baru diterima melakukan sebanyak mungkin kerja-kerja pro bono di mahkamah kerana ia akan memberi pengalaman dan keyakinan kepada mereka di mahkamah kelak.
Mengenai isu lain, Malanjum berkata badan kehakiman juga mengadakan perbincangan dengan beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Kami menggalakkan para hakim dan pegawai kehakiman kita supaya mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman perintah khidmat masyarakat dan bukannya dipenjarakan kepada pesalah dalam kes yang sesuai. Melalui cara ini, bukan sahaja ia boleh memulihkan pesalah dengan lebih baik, malah menjimatkan kos penjara, " katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya, semasa ditanya mengenai perintah khidmat masyarakat itu, beliau berkata hakim dan majistret perlu mempertimbangkan untuk menghukum tertuduh dalam bentuk khidmat masyarakat bagi kesalahan yang lebih kecil, bukannya menjatuhi hukuman penjara kerana ia juga dapat membantu mengurangkan kesesakan penjara.
Beliau berkata terdapat peruntukan dalam Kanun Keseksaan untuk menjatuhi hukuman terhadap tertuduh dalam bentuk khidmat masyarakat untuk kesalahan yang tidak serius.
"Langkah berkenaan telah dilaksanakan di Sabah yang saya rasa ia berjaya. Mereka (pesalah) akan memakai pakaian (penjara) ketika melakukan khidmat masyarakat.
"Apabila mereka berhadapan dengan orang awam (semasa melakukan khidmat masyarakat), mereka akan berasa malu, dan bukannya menghabiskan masa satu atau dua minggu di penjara," katanya.
Kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, pengurusan pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai kehakiman menghadiri pembukaan Tahun Perundangan 2019 itu.
Semasa majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong melancarkan buku berjudul 'Judicial Review Guide for Public Officers: An Introduction'. Buku berkenaan boleh dimuat turun dari laman web kehakiman (www.kehakiman.gov.my).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
DoJ mula memberi latihan berkenaan sejak tahun lepas. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.
Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud untuk menarik balik semua pertuduhan.
Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang
AS akan mengemukakan permohonan rasmi ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, dari Kanada.
DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden
DoJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden.
Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB
Bagaimanapun, perincian prosiding tersebut tidak dapat disahkan susulan prosiding yang dijalankan secara rahsia.
Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib
Terserah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mengenakan pertuduhan kepada Jho Low, kata Datuk Seri Najib Razak.
Mahkamah izinkan Equanimity dijual
Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah 'Equanimity'.
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia kerana bekerjasama dalam mengembalikan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS
Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.