KUALA LUMPUR: Seorang pesara doktor kerajaan kerugian RM200,000 setelah menjadi mangsa penipuan Macau Scam pada Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata mangsa seorang lelaki berumur 83 tahun telah dihubungi oleh seorang individu yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah bank.
Menurutnya, suspek yang menghubungi mangsa menyatakan nama mangsa telah diguna pakai untuk pendaftaran kad kredit platinum master sedangkan urusan tersebut tidak wujud.
"Panggilan telefon tersebut turut disambungkan kepada seorang lagi suspek yang mendakwa dari Bank Negara.
"Mangsa telah dimaklumkan satu laporan polis telah dibuat kerana nama mangsa telah disalahgunakan, suspek turut menyatakan akan membantu membatalkan kad kredit tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, mangsa juga telah menerima satu salinan laporan polis melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa diminta untuk menyerahkan maklumat akaun bank berserta kata laluan dan juga nombor OTP (One Time Password).
"Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa supaya memadankan mesej OTP yang diterima.
"Selepas urusan transaksi tersebut mangsa telah menghubungi pegawai khidmat pelanggan bank berkenaan untuk semakan," katanya.
Menurutnya, semakan yang dilakukan mendapati terdapat 14 transaksi pengeluaran dibuat dari akaun bank mangsa.
"Mangsa yang merasakan dirinya tertipu kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.
"Kes melibatkan kerugian berjumlah RM200,000 dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 08 2022
Seorang pesara doktor kerajaan kerugian RM 200,000 setelah menjadi mangsa penipuan Macau Scam pada Jumaat lalu. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'
Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan data kad pengenalan atau MyKad milik rakyat negara ini dijual menerusi 'dark web' atau laman web tertutup.
Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata 17 perjawatan telah diisi bagi membolehkan unit berkenaan memulakan operasi fasa pertama.
Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan
Satu daripada laporan itu diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) manakala 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa.
Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura
Melalui siasatan dan pengumpulan bukti yang berpanjangan, sebuah sel pengubahan wang haram yang beroperasi di Johor, Malaysia telah dikenal pasti.
18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.
10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi di platform media sosial dengan menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan, Warburg Pincus, membabitkan kerugian lebih RM21 juta.
Kes pecah amanah libatkan peguam dijangka terus meningkat
Sebanyak 27 kes pecah amanah melibatkan peguam direkodkan dengan kerugian RM20.3 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.