awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2017
10:37 MYT
Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah
Azahari dibawa keluar selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tiga pertuduhan hari ini. - BERNAMA
Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas tiga pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Tertuduh, Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Bagi pertuduhan pertama, dia secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki yang kini berusia 11 tahun, di sebuah klinik swasta di Taman Cheras Utama.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Selain itu, bapa kepada empat anak itu turut didakwa menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama.
Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa tidak mempunyai sijil amalan perubatan yang sah.
Pertuduhan kes itu dibuat mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM2,000.
Topic Berkaitan
#Azahari Hashim
#berkhatan
#khatan laser
#salah sunat
#sunat
#Taman Cheras Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan