PUTRAJAYA: Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata inisiatif itu berdasarkan kerangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang mementingkan pembinaan Keluarga Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) dalam strategi pengukuhan institusi keluarga dan sosial.
Beliau berkata inisiatif itu susulan terdapat beberapa kes yang dilaporkan media mengenai keganasan rumah tangga serta masalah dalam institusi kekeluargaan dan sosial yang dilihat mampu memberi kesan kepada negara sekiranya tidak dibendung.
"Kita tidak mahu apabila telah sampai satu (peringkat) kemajuan dari segi material, namun 'foundation' (asas institusi sosial dan kekeluargaan) ini rosak sehingga menyebabkan kita terpaksa perbaiki balik menyebabkan kerugian dari segi masa dan wang ringgit.
"Pembangunan manusia iaitu modal insan ini mesti bermula daripada keluarga. Ketua kepada keluarga pula ialah lelaki yang merupakan tonggaknya. Dengan asas inilah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama agensi lain berjaya hasilkan dokumen ini, hasil perbincangan meja bulat," katanya pada sidang media selepas melancarkan dokumen ILQ di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman.
Idris berkata inti pati dokumen itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan kerjasama pemegang taruh dan pelbagai agensi agar usaha itu dapat disalurkan ke peringkat akar umbi menerusi bengkel perkahwinan dan sebagainya.
"Sekarang kita sudah mempunyai dokumennya, nanti pihak Jakim akan lantik pegawai mereka untuk memerhatikan perjalanan inisiatif ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Idris pada sidang media selepas melancarkan dokumen ILQ di sini hari ini. - Facebook Idris Ahmad
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki
Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.