awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari Al Jazeera: Komen Mahathir sama seperti hina mahkamah

Bernama
Bernama
15/09/2015
02:01 MYT
Dokumentari Al Jazeera: Komen Mahathir sama seperti hina mahkamah
SALLEH: Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?
Komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah sama seperti menghina mahkamah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Mula-mula sekali mahkamah telah pun membicarakan kes ini dan telah membuat keputusan.
"Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?
"Jika tidak mengapa Dr Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran bahawa mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah," katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.
Salleh berkata Dr Mahathir harus ingat bahawa pada 1998 apabila beliau menjadi Perdana Menteri, dakwaan yang sama dibuat terhadapnya berhubung perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
".... Dan Dr Mahathir menjawab bahawa beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim telah didakwa kerana menghina mahkamah," kata beliau.
Selain itu, Salleh berkata ia bukan terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.
"Ia adalah bagi mahkamah untuk membuktikan kebersalahan. Dan mahkamah telah pun membebaskan Abdul Razak Baginda.
"Jadi dengan apa cara lain Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib membersihkan namanya? Adakah terdapat cara lain selain daripada melalui mahkamah?" katanya.
Topic Berkaitan
#Al Jazeera
#Altantuya Shaariibuu
#dokumentari
#Mahathir Mohamad
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan