awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17 disiar Ahad ini

Bernama
Bernama
25/10/2024
00:00 MYT
Dokumentari khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17 disiar Ahad ini
Menerusi dokumentari ini, rakyat dapat melihat lebih dekat proses, persiapan dan keunikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, sekali gus memberi penghormatan sewajarnya. -- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Sebuah dokumentari khas mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim bakal disiarkan menerusi platform rasmi YouTube Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 8 malam, Ahad ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumentari khas “Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17” memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah upacara pertabalan, aspek budaya, tradisi serta persiapan di sebalik peristiwa penting itu.
“Istiadat ini juga menonjolkan warisan institusi Diraja Malaysia, dengan setiap elemen majlis pertabalan dirancang teliti, melambangkan kedaulatan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.
“Menerusi dokumentari ini, rakyat dapat melihat lebih dekat proses, persiapan dan keunikan istiadat berkenaan sekali gus memberi penghormatan kepada adat Istiadat Diraja yang diamalkan sejak turun-temurun,” menurut hantaran itu.
-- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
-- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Rakaman di sebalik tabir penghasilan dokumentari berkenaan dihasilkan oleh tenaga produksi Johor Royal Press Office dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#dokumentari khas
#Pertabalan
#di sebalik tabir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan