awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Doraemon' hadir terima vaksin COVID-19, ceriakan petugas dan orang ramai

Bernama
Bernama
26/08/2021
04:34 MYT
'Doraemon' hadir terima vaksin COVID-19, ceriakan petugas dan orang ramai
Pakaian maskot Doraemon itu mempunyai zip yang mudah dibuka tanpa menyukarkan jururawat yang bertugas. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Kemunculan seorang gadis yang memakai maskot watak animasi 'Doraemon' mencuri perhatian orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.
Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, berkata beliau datang ke PPV itu sebagai 'Doraemon' kerana mahu menceriakan petugas barisan hadapan serta penerima vaksin yang lain.
"Seronok sangat melihat mereka tersenyum gembira dapat merakam foto dan video kenangan bersama Doraemon. Ada juga usikan nakal yang meminta saya mempercepatkan giliran mereka menggunakan 'terowong masa' melalui 'poket ajaib' Doraemon.
"Namun saya tidak ambil hati... sudah biasa menerima gurauan begitu kerana sering tampil menjadi Doraemon bagi membantu perniagaan abang saya yang menawarkan perkhidmatan surprise delivery di sekitar Terengganu sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Proses suntikan vaksinnya juga berjalan lancar kerana pakaian maskot Doraemon itu mempunyai zip yang mudah dibuka tanpa menyukarkan jururawat yang bertugas.
Siti Nor Shahira berkata penampilan sebagai Doraemon di PPV itu juga membawa tuah kerana ada yang berminat mahu menggunakan khidmatnya untuk tempahan 'surprise delivery' pada hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran dan majlis perkahwinan pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Doraemon
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan