awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Ismail dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2018
09:48 MYT
Dr Ismail dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI
Dr Ismail Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI berkuat kuasa 6 Mac lalu untuk tempoh dua tahun.- foto ihsan INTEGRITI
Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berkuat kuasa 6 Mac lalu.
Beliau yang juga mantan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh dua tahun.
Dr Ismail dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti St. Andrews, Scotland pada 1975.
Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan Ismail, 81 tahun, akan memanfaatkan INTEGRITI yang diberi amanah untuk melaksanakan agenda pemupukan dan penghayatan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan Dr Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI.
"Oleh itu, saya yakin Dr Ismail yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam soal tadbir urus yang baik, dan dalam hal ehwal Islam akan menjadi aset dalam menjayakan agenda meningkatkan budaya berintegriti," kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, selain sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Harta Suci Sdn. Bhd (Anak Syarikat (MAIWP), Pengerusi Jawatankuasa Agihan Baitul Mal Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Audit Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia.
Topic Berkaitan
#ahli lembaga pengarah
#Arab Saudi
#Dr Ismail Ibrahim
#fatwa
#integriti
#Tan Sri Ali Hamsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan