KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu di mahkamah ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan.
Dr Mahathir, 96, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini menerusi Tetuan Haidir & Co mendakwa, pertemuan sebanyak lima kali itu antara 7 Jun 2018 dan 25 Feb 2020 berlaku di beberapa lokasi iaitu kediamannya di Mines Resort City, Seri Kembangan, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra.
"Sepanjang tempoh Ahmad Zahid berjumpa dengan saya, plaintif (Ahmad Zahid) sememangnya telah menyuarakan kepada saya berkenaan kes-kes jenayah yang sedang dihadapinya.
"Memandangkan saya ketika itu (sepanjang 2018 dan 2020) masih memegang kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Perdana Menteri Interim, Ahmad Zahid sememangnya telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan saya memandangkan pada ketika itu kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid mampu membahayakan kerjaya politiknya.
"Maka, semestinya itu yang menjadi kerisauan plaintif pada ketika itu dan ia disuarakan kepada saya," dakwa Dr Mahathir dalam pernyataan pembelaan bagi menjawab saman difailkan Ahmad Zahid terhadapnya.
Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah mendedahkan melalui akaun Facebooknya bahawa plaintif sendiri telah memintanya (Khairuddin) untuk mengaturkan pertemuan dengan bekas perdana menteri itu.
"Saya mengatakan mana-mana individu yang waras akal fikiran dan mempunyai kemampuan intelek untuk berfikir secara munasabahnya dapat melihat bahawa Ahmad Zahid seorang ahli politik yang sedang menghadapi masalah kes-kes jenayah telah pergi berjumpa dengan saya, yang ketika itu memegang jawatan berautoriti, semestinya bertujuan membuat percubaan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah dihadapinya," dakwa Dr Mahathir.
Dakwa Dr Mahathir, adalah logik untuk diperkatakan bahawa Ahmad Zahid telah datang dan bertemu dengannya selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.
"Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap Ahmad Zahid dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau pengaruh di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi Ahmad Zahid," dakwa Dr Mahathir.
Dalam saman yang difailkan pada 20 April lepas, Ahmad Zahid, 69, berkata pada 19 Okt 2018, beliau telah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memfailkan permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk perintah injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah tersebut dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platfom media sosial.
Permohonan injunksi interim itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 17 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Dr Mahathir berkata, adalah logik untuk diperkata Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya. - Gambar fail

Ganja di Thailand | Pemuda Muslim Thai bimbang kebenaran akan disalah guna
Sebahagian besar rakyat Thailand masih belum memahami inti pati sebenar undang-undang mengenai usaha dekriminalisasi penggunaan ganja dalam sektor perubatan pelancongan, kata Penolong Pengarah Persatuan Pelajar Muslim Thai, Muyaheedeen Tohseng.

Kes Rasuah | Syed Saddiq cabar kredibiliti keterangan saksi utama
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mencabar kredibiliti keterangan saksi utama iaitu bekas Penolong Bendahari Armada Parti Bersatu kerana didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MAVCOM | Trafik penumpang capai rekod tertinggi sejak pandemik
Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.

PLUS | Lebih 265 PLUSRonda bakal ditugaskan menjelang Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif dengan mengerahkan kira-kira 265 pasukan PLUSRonda bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya menjelang sambutan Aidiladha. Ia susulan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin).

Dua remaja maut kemalangan motosikal di Taiping
Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di kilometer (km) 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Khamis.

Parlimen | Akta PSA perlu dihidupkan semula - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan dalam Parlimen. Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Kenaikan OPR | BNM, DOSM diminta beri penjelasan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

'Diagnose' masalah rakyat, berani buat keputusan demi kestabilan negara - Dr Mahathir
Tegas Dr Mahathir lagi, keputusan serta dasar yang diperkenalkan mesti merangkumi majoriti rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan.

Dunia terlalu fokus pada peperangan, konflik Timur dan Barat - Tun Mahathir
Isu seperti perubahan iklim yang amat memerlukan penyelesaian segera, diabaikan kerana lebih menumpukan kepada hal peperangan dan pertelingkahan antara kuasa besar.

Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.

Dr Mahathir dakwa Zahid Hamidi risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah
Dr Mahathir berkata, adalah logik untuk diperkata Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.

Ringgit tak stabil kerana nilai tidak ditetap, dijamin kerajaan - Tun Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini ringgit tidak stabil kerana nilainya tidak ditetapkan dan dijamin pihak kerajaan.

Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15
Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Tun M dedah Zahid Hamidi datang berjumpa untuk berbaik lepas BN tumbang
Menurut Dr Mahathir, Presiden UMNO itu datang ke rumahnya bersama beberapa orang lain dan cuba berbaik-baik dengannya.

Jangan sebar berita tidak rasmi berhubung kesihatan Tun M - Annuar
Annuar meminta orang ramai mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.

Raja Permaisuri Agong ziarah Dr Mahathir
Seri Paduka Baginda dilihat keluar dari IJN pada jam 9.35 pagi dan sempat melambai kepada pihak media.

Pengamal media di IJN, pantau perkembangan Tun Mahathir
Pengamal media tempatan dan luar negara sudah mula berkumpul di Institut Jantung Negara bagi memantau perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.