NATIONAL
Dr Mahathir dukacita atas kematian Kofi Annan

Annan berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB dari 1997 hingga 2006. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berdukacita atas kematian bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan pada Sabtu.
"Saya berdukacita apabila mengetahui tentang kematian Kofi Annan, bekas setiausaha agung PBB. Semoga rohnya memperoleh ketenangan," menurut catatan Dr Mahathir dalam laman Twitternya.
Annan, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2001 dilaporkan meninggal ketika berusia 80 tahun selepas mengalami keuzuran untuk beberapa ketika.
Beliau yang dilahirkan di Ghana berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB dari 1997 hingga 2006.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami