Dr Mahathir harap lebih ramai orang luar bandar berniaga

Firdaus Azil
Januari 26, 2020 03:37 MYT
Dr Mahathir berucap pada Program Santai Bersama Usahawan Berjaya di Setia City Convention Centre Setia Alam hari ini. Turut kelihatan, Dr Siti Hasmah dan Rina (duduk dua, kiri). Foto Twitter Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap lebih ramai masyarakat luar bandar dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui perniagaan.
Dengan cara itu, katanya, jurang kekayaan antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikecilkan, sekali gus memastikan kemakmuran untuk negara.
“Saya memang berminat melihat lebih ramai orang yang tinggal di luar bandar dapat kejayaan, kerana kita tahu, antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar, berbeza kekayaannya.
“Kebiasaannya, orang bandar kebih kaya dan orang luar bandar lebih miskin. Tetapi, kalau kita (orang luar bandar) belajar berniaga, kita dapat pendapatan yang tinggi, bahkan lebih dari orang bandar.
"Kita harus ingat, rezeki dari perniagaan. Kalau makan gaji, setakat itu saja. Tetapi (dengan) berniaga, kita boleh jadi jutawan,” katanya lagi.

Peserta Program Nak Ubah Hidup kelolaan @AzizanOfficial menerima kejutan apabila melihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali hadir sebagai tetamu jemputan khas mereka. @501Awani pic.twitter.com/xd0QnPTUDZ

— Initial: FA (@FirdausAzil) January 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Bersama Usahawan Berjaya anjuran RichWorks International Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, bertajuk ‘Nak Ubah Hidup’, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, beliau percaya semua orang ada kebolehan untuk membuat sesuatu, tetapi tanpa usaha yang berterusan, kebolehan itu akan menjadi sia-sia.
Turut hadir pada program itu, isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.
#bandar #berniaga #jurang kekayaan #Jutawan #kemakmuran bersama #luar bandar #Mahathir Mohamad #makan gaji #miskin #pendapatan #Perdana Menteri #perniagaan