awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Maszlee lawat mangsa pencemaran bahan kimia di HSI

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2019
07:29 MYT
Dr Maszlee lawat mangsa pencemaran bahan kimia di HSI
Terbaharu, seramai 260 mangsa termasuk pelajar dan orang awam mendapat rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih akibat simptom pencemaran bahan kimia seperti loya, muntah dan sesak nafas. - Gambar fail
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengunjungi Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini bagi melawat mangsa yang dipercayai menerima kesan dari aktiviti pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim Khamis lepas.
Beliau tiba bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan sekitar pukul 2.30 petang tadi.
Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim itu menyebabkan sekurang-kurangnya 207 mangsa dirawat di hospital dan klinik berdekatan setakat malam tadi.
BACA: Pencemaran bahan kimia berulang amat dikesali - MB Johor
BACA: Jumlah mangsa pencemaran meningkat kepada 207
Jumlah itu termasuk pelajar dan murid dari dua buah sekolah terlibat iaitu SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih yang kini telah diarah ditutup semula sejak semalam.
Terbaharu, seramai 260 mangsa termasuk pelajar dan orang awam mendapat rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih akibat simptom pencemaran bahan kimia seperti loya, muntah dan sesak nafas.
Topic Berkaitan
#Exco Hal Ehwal Agama Islam
#Hospital
#Johor Bahru
#Maszlee Malik
#pelajar
#pencemaran bahan kimia
#sekolah
#SK Taman Pasir Putih
#SMK Taman Pasir Putih
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan