awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Noor Hisham dianugerah doktor falsafah UKM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2021
03:22 MYT
Dr Noor Hisham dianugerah doktor falsafah UKM
Dr Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-48. -Gambar fail
BANGI: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-48 pada Sabtu.
Beliau yang merupakan alumni Fakulti Perubatan UKM 1988 mengetuai penganugerahan berkenaan yang dianugerahkan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
Selain Dr Noor Hisham, turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kelestarian), Profesor Emeritus Dr Soontak Lee.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM itu juga, seramai sembilan orang dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus.
Antara yang menerima gelaran berkenaan adalah Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Datuk Dr Teo Kok Seong.
Tuanku Muhriz dalam ucapan perasmian bertitah, seluruh warga UKM seharusnya berbangga dengan dua tokoh alumni universiti berkenaan iaitu Dr Noor Hisham dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Baginda bertitah, ini kerana kedua-dua tokoh berkenaan adalah individu penting dalam menangani penularan wabak Covid-19.
Titah Tuanku Muhriz, UKM juga memberi penghargaan kepada Dr Soontak.
“Profesor Dr Soontak Lee merupakan seorang saintis yang diiktiraf di peringkat global dan kini merupakan Profesor Emeritus di Yeungnam University, Korea Selatan melalui peranan sebagai pakar dalam pembangunan serta pemuliharaan sumber air dan kelestarian,” titah baginda.
Seramai 6,166 graduan UKM akan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan diadakan secara fizikal bermula 3 hingga 12 April ini.
Berita asal: Dr Noor Hisham dianugerah doktor falsafah UKM
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
#Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
#Kepimpinan dalam Kesihatan Awam
#Majlis Konvokesyen
#UKM
#Universiti Kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan