awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Noor Hisham lahir kebimbangan peningkatan mendadak kes kematian COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2021
22:18 MYT
Dr Noor Hisham lahir kebimbangan peningkatan mendadak kes kematian COVID-19
Dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes kematian baharu COVID-19 dalam negara.
Ia berikutan, katanya, dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat virus itu.
"Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.
"Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian COVID-19.
"Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Ahad.
Untuk 9 bulan pertama pada tahun 2020 jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes. Pada tahun in dalam tempoh 9 hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian Covid-19. Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua. #Kitajagakita pic.twitter.com/DsJ2Wp468X
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 9, 2021
Malah, kata Dr Noor Hisham lagi, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah COVID-19.
"Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik sehingga liang lahad dan tamat pengebumian," ujarnya.
Sejak tahun baru 2021, semakin byk kes kematian Covid-19. Setakat 9Jan 2021, jumlah kumulatif kematian adalah 71 kes Bukan mudah petugas menguruskan jenazah Covid-19. Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dgn bermandi peluh dlm panas terik sehingga liang lahat & tamat pengebumian pic.twitter.com/7GcZJhPbBM
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 9, 2021
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes kematian
#PPE lengkap
#bermandi peluh
#liang lahad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan