awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat

Bernama
Bernama
01/05/2018
20:55 MYT
Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S Subramaniam yakin jumlah sokongan daripada pengundi Cina akan meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) ini.
Presiden MIC itu berkata keyakinan tersebut diletakkan berdasarkan laporan yang diterima beliau bahawa jumlah sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
"Pengundi Cina dahagakan perubahan apabila mereka tidak dapat apa-apa pembangunan daripada parti pembangkang dan sedar hanya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu terus memberi sumbangan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majis Makan Tengah Hari bersama persatuan-persatuan masyarakat Cina di sini pada Selasa.
Dr Subramaniam berkara beliau telah banyak membantu tokong-tokong dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari masyarakat Cina bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
"Saya telah meminta peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membantu lebih 150 tokong-tokong dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) daripada masyarakat Cina serta menaik taraf Taman Reakrasi Bukit Hampar bagi memberi keselesaan kepada masyarakat Segamat melakukan kegitan senaman dan Tai Chi di sana," katanya.
Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan itu berharap undi daripada masyarakat Cina akan bertambah pada PRU ke-14 itu selepas mereka dapat melihat sendiri segala usaha yang telah dilakukan olehnya selama lima tahun ini termasuk yang bakal dilaksanakan iaitu Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Segamat 2018-2023 (SEDAP) dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) nanti.
"Saya sedar bahawa pelbagai isu luar cuba dimainkan oleh parti pembangkang bagi meracuni fikiran orang tempatan sejak kebelakangan ini dan saya harap masyarakat Segamat tidak terpengaruh dengan hasutan dan niat buruk itu," kata beliau.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dr S Subramaniam
#MIC
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan