Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai anggota Majlis Hukama' Al-Muslimin.
Makluman itu adalah berdasarkan perkongsian surat rasmi oleh Setiausaha Agung Majlis Hukama' Al-Muslimin Dr Sultan Faisal Al Remeithi seperti yang dimuat naik di laman Facebook Zulkifli pada Selasa.
Surat berkenaan menyebut pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama' Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
Majlis Hukama' Al-Muslimin adalah sebuah institusi antarabangsa yang menghimpunkan para ulama, sarjana dan cendekiawan dikenali dengan pendekatan berhikmah, cakna keadilan, kebebasan dan kesederhanaan (wasatiyyah).
Dalam pada itu, Zulkifli yang menerima pelantikan itu berkata semoga pelantikan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya.
"Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib, Syaikhul Azhar Al-Syarif merangkap Pengerusi Majlis Hukama' Al-Muslimin yang telah menyampaikan hasrat beliau untuk melantik saya sebagai salah seorang anggota Majlis Hukama' Al-Muslimin," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Zulkifli berkata semoga pelantikan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya. - Gambar fail
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.
PBT, ahli majlis mempunyai kuasa larangan jual arak kepada umat Islam
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ahli majlis di setiap negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan penjualan minuman beralkohol kepada umat Islam di negara ini.
Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin
Pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama' Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
Kelewatan PKR Perak serah nama ahli majlis tidak jejas gerak kerja PBT
Proses lantikan dan angkat sumpah ahli majlis boleh dilakukan sedikit lewat berbanding yang lain sebaik ia dimuktamadkan pihak parti.
'Lebih bijak jika Khalid Samad rujuk kerajaan Selangor dahulu'
Khalid Samad perlu merujuk kerajaan negeri mengenai pilihanraya PBT kerana Shah Alam merupakan pusat pentadbiran Selangor.
Jawatan ahli majlis PBT tamat serta merta - MB Perak
Semua kemudahan awam yang sebelum ini dikawal selia ketua-ketua kampung kini diambil alih sepenuhnya oleh Pejabat-pejabat Daerah atau Pejabat-pejabat Penghulu.