awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Zulkifli Mohamad pulih dari COVID-19, dibenar keluar wad hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2020
08:50 MYT
Dr Zulkifli Mohamad pulih dari COVID-19, dibenar keluar wad hari ini
Menurut Dr Zulkifli, pihak KKM menasihatkannya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai PKPB. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dibenarkan keluar dari wad hari ini selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkannya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja.
"Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
"Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 5 Oktober lepas, Dr Zulkifli menjadi disahkan positif pandemik COVID-19.
Dr Zulkifli turut berdoa rakyat yang menghidap COVID-19 segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
BACA: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19
BACA: "Kepada Allah saya berserah"- Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#PKPB
#rakyat
#media sosial
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan