awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Drama terbaik Korea di Astro bulan ini

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2021
00:00 MYT
Drama terbaik Korea di Astro bulan ini
Pelanggan juga boleh menstrim episod yang tersedia di Astro GO dan On Demand selepas tayangan perdana di televisyen. - Foto Secret Royal Inspector & Joy
NOVEMBER ini, pelanggan Astro boleh menantikan tayangan perdana K-drama terbaharu, menampilkan drama romantik, komedi, misteri-thriller dan muzikal di Astro melalui tvN (Ch 395 HD), Oh!K (Ch 394 HD), K- Plus (Astro GO Ch 396 HD) dan ONE (Ch 393 HD).
Pelanggan juga boleh menstrim episod yang tersedia di Astro GO dan On Demand selepas tayangan perdana di televisyen.
Antara yang bakal menemui penonton ialah:
Secret Royal Inspector & Joy
Secret Royal Inspector & Joy
Drama misteri-thriller dan komedi Korea, 'Secret Royal Inspector & Joy', dibintangi Ok Taecyeon, Kim Hye-Yoon dan Jae-Kyoon Lee, mulai 9 November di tvN (Ch 395 HD).
Sebuah drama komedi dan sejarah berpusat di sekitar seorang ejen rahsia yang bijak tetapi pemalas, dan seorang janda yang teguh dengan kepercayaan sendiri dalam mencari kebahagiaannya.
The Red Sleeve
The Red Sleeve
Drama percintaan dan sejarah Korea, ‘The Red Sleeve’, dibintangi oleh Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, mulai 13 November di Oh!K (Ch 394 HD).
Berlatarkan abad ke-18, 'The Red Sleeve' menggambarkan kisah cinta antara Raja Jeongjo dan gundik diraja Uibin Sung.
Show Window: The Queen's House
Show Window: The Queen's House
Drama thriller percintaan, 'Show Window: The Queen's House', dibintangi Song Yoon-Ah, Lee Sung-Jae, Hwang Chan-Sung, mulai 30 November di K-Plus (Astro GO Ch 396 HD).
Kisah seorang wanita yang menyokong hubungan sulit wanita lain, tanpa mengetahui bahawa ia membabitkan suaminya sendiri.
Let Me Be Your Knight
Let Me Be Your Knight
Drama komedi dan muzikal Korea, ‘Let Me Be Your Knight’, dibintangi oleh Lee Jung Young, Jung In Sun dan ramai lagi mulai 14 November di ONE (Ch 393 HD).
Yoon Tae In (Lee Jun-Young) merupakan ketua kumpulan terkenal, LUNA. Dia seorang genius muzik dan sangat disenangi oleh peminatnya di seluruh dunia. Bagaimanapun, Tae In mengalami masalah sleepwalking. In Yoon Joo (Jung In-Sun), seorang pemandu pelancong tiba-tiba menjadi doktor residen LUNA selepas satu kejadian yang tidak dijangka.
Melancholia
Melancholia
Drama percintaan Korea, ‘Melancholia’, lakonan Im Soo-Jung, Lee Do-Hyun dan ramai lagi mulai 11 November di K-Plus (Astro GO Ch 396 HD).
Kisah seorang guru matematik dan seorang pelajar matematik yang genius di sekolah swasta yang korup dengan layanan berat sebelah.
Topic Berkaitan
#drama Korea
#Astro
#On Demand
#tayangan perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan